Monday, May 18, 2009

KERJASAMA MITRANS..

Pada 11 Mei 2009 juga satu perbincangan kerjasama dengan pihak MITRANS telah diadakan dengan pihak BPJI. Pihak MITRANS diketuai oleh Pengarah PM Sabariah Mohamad. Antaranya membincangkan penubuhan cawangan MITRANS di UiTM Johor, supaya UiTM Johor dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam MITRANS memandangkan mereka lebih dekat dengan pelanggan.
Langkah MITRANS adalah yang pertama diantara COE2 yang ada dalam melibatkan kampus cawangan dengan aktiviti-aktviti COE. Diharapkan dengan terlaksananya rancangan dapat memberi peluang yang baru kepada perunding2 di Johor.

FORUM MITRANS


Alhamdulillah..Forum MITRANS telah berjaya diadakan pada 11 Mei 2009 yang lalu. Terima kasih kepada delegasi MITRANS yang sudi berkongsi maklumat dan juga peluang-peluang yang diterima oleh MITRANS. Diharap, penyelidik dan perunding di Johor dapat mengambil peluang ini. Sebenarnya relevan atau tidak bidang yang di bentangkan oleh MITRANS bergantung kepada kita sendiri. Seperti yang ditekankan, bidang pengangkutan sebenarnya juga adalah bidang yang berbilang disiplin, dan memerlukan input-input dari bidang-bidang lain seperi kewangan, ekonomi dan sebagainya.

Wednesday, May 6, 2009

TAMAN NEGARA....


Dr kiri..Pn Azizah Aris, TP BPJI, Cik Mazlyda Abd Rahman, Dr Nazzib, Mr Aziz dr Taman Negara, Dr Zaini, TNC, Mr Salleh dan Mr Zakaria.
Tiada dalam gambar..saya sendiri..sebab kena jadi tukang amik gambar..hehehehe...