Monday, June 22, 2009

PENDAFTARAN E-PJJ...

Semalam (21/6/2009-Ahad) saya pergi ker JB..bertolak seawal 6 pagi..bersama-sama dengan koord epjj, pemandu dan Kak Jai.
Tiba di kampus Larkin dalam jam 9..dan terus get down to work. Melihat pendaftaran pelajar e-pjj yang baru, mengingatkan saya semasa menjadi pelajar pjj dahulu. Kalau dulu urusan di buat di Sekolah Tasek Utara, sekarang di kampus sendiri di Larkin. Kalau dulu hanya PJJ sekarang dah e-PJJ (ditambah e). Jadi, diharapkan dengan adanya tambahan 'e' tu, pelajar generasi baru ini diharapkan dapat membuat lebih baik daripada kita orang dahulu.
Urusan selesai dalam jam 1.00 tgh..terus gerak balik dan singgah makan di warung siput sedut di Kg Pasir Tampoi.
Sampai rumah dalam jam 5.00 ptg..ngantuknyaaa...
Selesai lagi satu tanggungjawab....hehehe...

Wednesday, June 17, 2009

Hari-hari yang rutin...

Minggu ni melalui hari-hari yang rutin..sepatutnya kena pergi JB untuk program Tunas Mekar. Tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan lambat memberi respons kehadiran. Disamping tu, ada juga kelas intersessi yang perlu diselesaikan. Takper lar, minggu ni minggu akhir intersessi, jadi biarlah masa yang ada dihabiskan bersama-sama dengan pelajar intersessi. Minggu depan dia orang dah exam, jadi kena juga beri perhatian pada mereka.
Hari ni ada Kolokium penyelidikan, all the best to semua yang terlibat dan penganjur BPJI....

Friday, June 12, 2009

Award i-Learn..

semalam dapat satu sampul surat..bercop dari UiTM Shah Alam..wah suspens nih... buka sampul..rupanya ada sijil..UiTM e-larning award 2008 in recognition of the effort and contribution in the most comprehensive content category (business and management)...
dok 'blank' kepala jap..bila masa lak aku buat menda ni??? tetiba dtg award ni..kot salah orang..hehehe..
dok pikir2..baru teringat memang saya ada upload banyak bahan di i-Learn..yang ingat terutamanya MGT300..disebabkan awal semester hari tu ada pertukaran sylllabus, jadi banyak bahan-bahan mengajar yang berubah termasuk lah powerpoint files. Tu yang upload di i-Learn untuk kegunaan rakan-rakan dan juga pensyarah. Tu kot yang comprehensive agaknya..hehehe..tapi..ada gak masuk jadual study..assignment dsb...cuma tak perasan menda tu semua...
tak kisah ar..anyway..tq lar Ilqam ker..HEA ker..i-Learn ker..yg bg award tu...heheh..

Keputusan peperiksaan dah keluar...

Keputusan peperiksaan April 2009 dah keluar semalam....kepada yang berjaya tahniah diucapkan..kepada yang kurang berjaya..cuba lagi.....
Ada gak yang kata saya tak nak tolong, tapi, pada saya, anda lah yang kena menolong diri anda sendiri..saya hanya sebagai pemudahcara dalam menyampaikan ilmu kepada anda semua..
Jumpa semua semester menjelang..

Bengkel Plan Pemasaran KPTM..

Terima kasih kepada pihak KPTM kerana sudi menjemput pihak kita untuk menyumbangkan 'kepakaran' kepada pihak KPTM. Terlalu berat dan besar rasanya perkataan 'pakar' tu. Saya lebih selesa jika menggunakan pendekatan perkongsian pendapat dan juga sama-sama berfikir atau mencari jalan kearah penyelesaian masalah.
Walaupun penat, tapi rasa seronok dan gembira dapat bersama-sama rakan-rakan dari KPTM dalam sama-sama mencari idea kearah menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan tinggi negara ini.
Bagaimanapun, terdapat kegusaran jika tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pihak KPTM disebabkan kekangan masa.
Nice place, nice people also, like the previous session with MITRANS also. TQ KPTM.

Sunday, June 7, 2009

Bengkel Plan Pemasaran KPTM...


Bengkel Pelan Pemasaran KPTM yang diadakan pada 5-7 Jun 2009...letih jugak dibuatnya...last minute notification..last minute preparation..malam tadi banguna ajm 3.00 untuk sediakan bahan-bahan...

Thursday, June 4, 2009

BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL MITRANS..

Hari ni last untuk sediakan proposal..dah ada disini sejak 2hb Jun...letey lar jugak...bersambung dari 1hb kursus e-pjj..terus ke Concorde Inn di Sepang..nice place..nice food..nice people..tq MITRANS.