Monday, March 30, 2009

Jumaat lepas ada sambutan Maulidur Rasul...antara acara yang diadakan adalah seperti biasa perarakan. Jadi, dengan semangatnya, dan sebab tengok semua orang kena pergi..maka pergi lar berarak..berpeluh gak lar dibuatnya. Tapi, tak stay abis pun program tu sebab jam 10 ada kelas.
Semasa berarak tu, adalah sorang hamba Allah tu bertanya, "agak2 kalau ko bukan koordinator, ko hadir tak program ni?" So..saya jawab, "Of course lar tak..hehehe..".. So tugas hadir-hadir function datang bersama pakej menjadi koordinator. Pastu dia sambung lagi..tapi cam tak sedap jer ayat-ayat dia tu..dia tambah lagi, lebih kurang dia kata..kiranya hadir majlis untuk membodek orang atas lar kiranya..terkejut gak saya dibuatnya bila dia kata begitu. Tak sangka gak selama ni ada yang beranggapan begitu lak. Tapi, no problem..sebab apa yang dia sangka tu bukannya diri saya. Saya cakap dengan dia selama ni saya buat kerja takder lar menonjol-nonjol nak tunjuk pada boss yang aku ni wat kerja. Kalau boleh memang tak mahu boss tahu pun..dan selalu kalau nampak boss2 atas tu, saja mengelak sebab maleh nak bercerita. Tapi, saya bukan jenis tu..so maleh ar nak jawab lebey..tapi setahu saya..memang jadi budaya di sini...kekadang program kecik2 jer..pun tetap nak panggil pengarah rasmi lar..tutup larr.. satu budaya makan..dua..budaya rasmi merasmi...tu bukan untuk menunjuk2 pada boss ker? hehehe..
Bercakap pasal ikut-ikut boss ni kan..kekadang buat saya terpikir dan teringat kisah2 lama. Masa tempat kerja lama dulu, ada sorang NC ni warak orangnya...jadi selalu lar gi masjid. Disbbkan dia selalu pergi masjid, maka semua lar dekan-dekan, ketua-ketua jabatan pun rajin lar pergi masjid..lepas solat..sambil nak pakai kasut tu..dok lar sembang2 kat tangga masjid tu. Yang pakai songkok pun ramai. So, bila tiba masanya, dia diganti pulak dengan NC yang lain. So, dipendekkan cerita, NC baru ni warak kot..hehe..tapi kurang lar pergi masjid..tapi yang pastinya kaki golf. So, berduyun-duyunlah pulak si Dekan-dekan, Ketuua-ketua jabatan ni main golf..penuh lar pulak padang golf dia orang main..maka kurang lah pulak orang-orang besar ni di tangga masjid tu samada pada waktu Zuhur atau pun Asar.
Berbalik kepada tempat sekarang ni pulak...Pengarah sekarang memang orang yang warak...yang menyeru supaya semua warga kerja mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah. So,, sekarang ni ramai lar orang-orang kanan dan juga kiri yang bersolat jemaah di masjid, termasuk aku. Tapi, aku gi masjid bukan pasal nak bodek boss, jangan salah anggap lak. nanti aku cerita sebab dia. Jadi, ini buat aku berfikir...agaknya..kalau pengarah sekarang ni berganti dengan orang lain (tak berapa lama dah pun), agak2nya adakah orang2 yang sama ni akan tetap sama2 terus memakmurkan masjid ni? heheh...sama2 lah kita tunggu dan lihat. As for me, aku berazam, walau sesiapa pun pengarah, kalau tak ada kelas atau aral, aku akan cuba berjemaah di masjid sini. Tapi, ditekankan aku ke masjid ni atas kesedaran sendiri. Dalam diam2 (tanpa pengetahuan Pengarah..kalau aku bagi tau Pengarah yang aku baca buku dia nanti orang kata ku bodek lak) aku baca buku yang ditulis oleh Pengarah... dan sebenarnya ada antara nukila beliau didalam buku tersebut menyedarkan aku dan buat aku malu pada diri sendiri. Part mana, biarlah aku jer yang tahu...
aduhs..penat jari..sambung nanti.....

Thursday, March 26, 2009

Semalam (Rabu) pergi ke JB untuk urursan penyeliaan pelajar praktikal. ada 3 orang untuk diselia, seorang di Koperasi Kedai Buku UTM di Tmn Universiti Skudai, dan 2 orang di Telekom Taman Sentosa. Bertolak agak lewat tapi sempat sampai di Skudai sebelum lunch break. Jumpa kak Ani yang kerja situ..then pergi Jusco jumpa teman lama..dah banyak gak berubah di Jusco...dah ada wifi segala..mungkin menyedari terdapat ramai pelanggan dikalangan pelajar UTM disitu. Sempat cari buku Harry Porter untuk anak di MPH..kemudian beli Norton Antivirus untuk laptop yang dah lama gak expired. Susah nak cari Norton kat Segamat ni.
Dalam 2.30 bergerak ke Telekom, senang jugak jumpa tempat dia. Lama gak kat situ sambil berbual dengan supervisor pelajar di situ.
Dekat jam 5.00 baru bergerak balik..dah mula hujan..tak selesa nak memandu. Berhenti solat di Petronas sebelum tol PLUS. Makan Burger King, dan buat appointment dengan kawan lama, Zul, pengusaha perabut. Rehat situ lama gak, terjumpa jugak Hanizam, pensyarah UTM. Dan terjumpa kawan lama masa sekolah menengah dulu..Zaidi dan Mail Arab. Bercakap pasal Mail Arab ni, bili pikir2 balik sebenarnya kita orang lar dulu pencetus memakai seluar panjang bagi pelajar-pelajar sekolah. Masa zaman kami, hanya pelajar menengah atas, tingkatan 4,5,6 sahaja yang dibenarkan pakai seluar panjang. Bawah daripada tu sampai kesekolah rendah hanya boleh pakai seluar pendek. Tapi, masuk tingkatan 2 kalau tak salah, disebab Mail ni keturunan Arab, bulu kali lebat, kami berdegil memakai seluar panjang. Jenuh juga lar bersoal jawab dengan guru besar semua, sehinggakan kes ni naik ke jabatan pendidikan negeri. Tapi, akhirnya, kami dibenarkan juga memakai seluar panjang. tu lar kenangan lama...
bergerak ke Segamat selepas solat Maghrib dan jamak Isyak...anak kirim KFC lak..terpaksalar berkejar sebelum KFC tutup. Sempat juga beli, tapi berhenti juga di gerai simpang kuantan, makan nasi. Lapar nasi, satu hari tak jamah nasi. smapai rumah masih sempat catch up CSI..heheh..letih woo..

Monday, March 23, 2009

monday blues...

dah beberapa hari tak menulis...hari jumaat tiada di pejabat.. sebab kena buat presentation di JCorp..tempat..layanan dari JCorp semua baik...terima kasih kepada Cik Suhana, DGM HR (classmate masa buat Exec MBA..hehehe), En Khairudin yang persistent..Puan Halilawati, Puan Saadiah, dan juga semua staf JCorp yang hadir. Walaupun letih..tapi rasa berbaloi sebab dapat kenalan2 baru..Myrna (classmate EMBA) dari Johor State Investment Centere (JSIC) pun turut hadir..diharap..dengan bertambahnya kenalan ni maka bertambahlah networking nanti.
Sabtu...dalam kul 11...pergi ke kampus disebabkan ada program Wacana Usahawan..yang datang ceramah En Amran..sedara gak ni..heheh..kemudian petangnya En Khairul Rizal dari Prosper..pun kenalan jugak (jumpa masa kat Trengganu, bila berbual rupanya dia anak Cikgu Dolah pernah tinggal disebelah rumah di kg..).
Ahad pun datang juga sebab Sharulmizan dari PNS Franchise ni pun kenalan jugak..terpaksa lar datang melayan dan entertain..peluang-peluang untuk projek konsultansi pun nampak gayanya banyak kat PNS ni..harap2 adalar rezki nanti...

Tuesday, March 17, 2009

Masih hingusan...

Aduhaiiii...rasa tak selesa larr..kena lagi makan ubat..rasa tak semangat nak masuk kelas..nak cuti lak...mikir nak ganti kelas...ada 3 kelas ari ni.... Tapi, petang dah rasa ok sikit...antibiotik pun dah abis..harap-harap lega dah ...sebab jumaat ni nak kena buat preview program BBA Marketing di JCorp..
Program di PUNB dan PNS yang dirancang pada khamis ni pun tak jadi..nasib baiklah gak..sebab kalau tak memang kalut dibuatnya..in fact, powerpoint untuk JCorp tu tak buat lagi ni...
Tapi..kerja tetap kerja...heheh..

Monday, March 16, 2009

adushhhhhhh..selsema lah pulak..tak selesa rasanya badan dengan hingus meleleh ni..nak buat kerja pun tak semangat... nak kata kena hujan tak pulak..maybe stress and paras antibodi turun kot...dah makan ubat..hi dibuatnya..hehehe..

Sunday, March 15, 2009

Go Blog????

Maaf, sebab sepatutnya posting ni dibuat sebelum posting2 yang lain.

Go Blog? Kenapa Go Blog? Semacam jer bunyinya.... Dari segi ejaan, membawa maksud "pergi..atau mari berblog". Tetapi, dari segi bunyi sebutannya, boleh didengar seperti perkataan jawa 'goblok' yang rasanya tuan/puan sendiri faham maksudnya.

Tentang kenapa saya memilih tajuk ni, saya sudah jelaskan diruangan Tentang Saya...

Ekspo Selangkah ke UiTM....

Hari kedua di Dataran Segamat...untuk program Ekspo Selangkah ke UiTM... Kalau ikut pendaftaran, bilangan pengunjung semalam mencecah dalam 400 orang...kira ramai jugak kot...Alhamdulillah semalam cuaca baik semasa program berlangsung. Tapi, seperti biasa, malam hujan lebat.
Pagi ni, kurang sihat rasanya, selsema...tak selesa..tapi tugas harus diteruskan...Saya kena jaga untuk program e-PJJ...sorang2...sbb pembantu tak dapat hadir disebabkan ada urusan....
dah jam 10 lebih..bilangan pengunjung semakin ramai..cuaca semakin panas.....