Tuesday, July 28, 2009

Kesunyian melanda....

Minggu ni bermula dengan kesunyian yang melanda..kesunyian yang disebabkan cuti mid-semester dipercepatkan. Keputusan yang secara tiba-tiba, merencatkan segala perancangan.
Tetapi, disebalik itu, ada juga hikmahnya. Keadaan yang kelam kabut semasa permulaan semester dapat disusun dan dinilai semula semasa cuti ni. Dapat lar recover semula dan adjust mana-mana yang patut....

Monday, July 27, 2009

Lawatan ke Perbadanan Taman Negara Johor...











Pada 23 Julai lepas, saya bersama bos BPJI serta rakan-rakan dlm BPJI..serta rakan-rakan dari Pusat Biodiversiti, diketuai TNC Prof Zaini, telah menghadiri mesyuarat dengan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Tujuan mesyuarat antaranya membincangkan peluang2 kerjasama dalam bidang penyelidikan diantara PTNJ dan UiTM.
Habis mesyuarat kami dibawa ke Tg Piai untuk melawat tapak RAMSAR..iaitu tapak warisan dunia untuk hutan bakau...

Tuesday, July 21, 2009

Bermulalah kesibukan...

Aduhai..terencat lagi untuk mengemaskinikan blog...sebenarnya banyak event yang berlaku dalam masa tak update blog ni..dengan musim buah rambutan, durian..dan juga..telah bermula semester.
Masih lagi kelam kabut sekarang ni....untuk subjek IT in business dah stabil lar skit..masalah pada subjek e-commerce masih kelam kabut..tu dgn masalah pertukaran buku teks lak..Oh ya...kelas pertama e-pjj marketing pun dah selesai...tp..masih ada masalah pada sistem i-class.
Pada 2-3 Julai lepas..ke Ipoh..membuat tinjauan dan perjumpaan dengan klien, Momo Cafe..berkaitan dengan kerja-kerja perundingan pembangunan francais.
18 Julai lalu, ke Shah Alam, berjumpa dengan pihak CILT untuk perbincangan untuk kemungkinan menjadi training provider bagi program CILT. Terjumpa juga dengan pihak MITRANS....kalau jadi MITRANS dicawangan di Johor, banyak aktiviti yang perlu dijalankan.
Berbalik kepada kelas, semester baru..muka-muka baru..dan harapan baru..banyak kena kelas malam..semester ni akan menempun bulan Ramadan..apa2 pun..tugas perlu diteruskan juga...

Monday, July 6, 2009

Lama tak update....

Rasanya agak lama dah tak update blog ni...nak update gak ari tu..tapi bahan takder...so..ni dah ada sikit2 bahan..ok lah kot.

Dalam seminggu dua lepas, ada gak beberapa aktviti BPJI...antaranya lawatan oleh pihak Taman Negara Johor dan Pusat Biodiversiti Shah Alam, untuk mencari dan memberi pendedahan peluang2 penyelidikan kepada pensyarah2 Johor. TP BPJI dengan murah hatinya telah membelanja durian..maklum lar..musim durian...hehehe..

Esoknya pulak, ada bengkel Let's Innovate...utk menggalakkan pensyarah berinovasi..ingat nak join..tapi kena lak siapkan OBE laknya. Tapi, tetap tak miss durian..durian lagi...hehehe..