Friday, August 13, 2010

Go blog kah aku????

Di puncak Ledang...
Go Blog kah aku...? Selalunya..orang membayar untuk kenikmatan..aku membayar untuk kesengsaraan...hehehe..lebih tepat lagi..bayar RM50 untuk setengah hari kesengsaraan... Pada 31/7/2010, selepas lebih kurang 17 tahun, aku kembali membuat "kerja bodoh" menyeksa diri mendaki Gunung Ledang. Ini kali ketiga jadi go blog seksa diri panjat gunung. Kali pertama mendaki Gunung Ledang adalah pada tahun1985/86 semasa menjadi pelajar di ITM Segamat. Tengah bosan, tetiba ada kawan bagi idea panjat Gunung Ledang....so terus jadi jer...barang..peralatan..takder masalah..hoversack..mess tin..water bottle..poncho..semua pinjam dengan Unit Kesatria....kami 1 kumpulan (tak ingat berapa ramai..dalam 10 orang kot) bergerak ke Gunung Ledang menaiki bas...pendek cerita kami selamat lar sampai ke puncak...
Kali kedua panjat Ledang adalah pada tahun 1993..masa tu dah kerja UTM. Panjat kali ni sebagai persiapan kununnya nak daki Gunung Kinabalu....so..berjaya jugak..walaupun terpaksa tunggu sehingga malam kerana ada ahli xpdc yang lambat turun...
Pada 31 Julai lepas adalah kali ke 3..baru kali ni lar dapat sijil...tak tahu lar samada laluan baru ni lebih mencabar..atau umor dah meningkat..atau jenis pergi pakai redah takder persiapan (tak exercise lar tu)...tapi pendakian kali ni dirasakan terlalu menyeksakan..tapi...selamat lar gak turun naik..
Agak-agak ni kali terakhir jadi go blog?? Mungkin tidakkkk......hehehehe...rasa go blog tu masa tengah seksa jer...bila dah sampai bawah ni..keinginan naik semula menjelma semula......so...Ledang..atau lain-lain gunung..tungguuu..
Bersama-sama anak..Fitri dan Udin (pendaki termuda pada hari tersebut..9 tahun)

Lamanyaaaa tak update...

Aduyaiii...dah berbagai peristiwa berlaku...dah masuk bulan posa..masih tak berksempatan mengemaskinikan blog ini. Kena kuatkan tekad dan azam ni..heheh..

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU...

Tahun baru 2010 menjelang tiba...tahun baru..azam baru??? tak perlu azam2 kot...just tekadkan untuk membuat segalanya dengan terbaik...dan menambahbaik apa2 yang perlu....menilai semula pencapaian tahun 2009....dan melihat kehadapan dan merancang pengisian tahun 2010.....
SELAMAT TAHUN BARU...

Thursday, December 31, 2009

Penghujung Tahun 2009

Pejam celik..dah sampai penghujung tahun....esok negeri lain cuti..tapi Johor...penghujung tahun..the very big boss di Shah Alam pun mengakhiri tugas beliau..big boss pun sama...apa-apa pun terima kasih kepada Prof K atas jasa khidmat yang dicurahkan. Banyak usaha2 yang baik telah dilakukan beliau, dan lumrah manusia, kat mana2 ada kekurangan..tapi saya tak nak bercakap pasal kekurangan..sebab kita sepatutnya lebih melihat kepada kelebihan seseorang itu. Prof K ni saya pun tak berapa rapat sangat, tapi ada lar beberapa kali ada bersama-sama beliau dalam majlis2..maybe saya ni jenis yang lebih selesa bekerja dari jauh..dibelakang tabir..sebab tu kalau boleh nak mengelak dari cross path dengan beliau...hehehehe..anyway..thanks a lot to Prof K sebab dikala orang2 mendapat gelaran Dr..apatah lagi dgn title Prof..ramai yang lebih rela pergi Shah Alam..tapi Prof K rela bersama-sama stay di Johor..semoga dengan adanya Prof K akan dapat sama-sama membantu menyumbang dan berkongsi kepakaran beliau....

Monday, December 14, 2009

Selesai sudah Kursus PTK..

Alhamdulillah..kursus PTK telah dengan jayanya dilalui...segala info menakutkan yg diterima sebelum ini rupa2nya tidak seperti yang diceritakan...agak mudah juga rupanya kursus PTK format baru ni..mudah jika kita sudah buat persiapan sepenuhnya sebelum pergi..melainkan groups dynamic...yang lain2 semuanya dah boleh disiapkan sebelum kita pergi kursus tersebut...kalau dah siap semua..memang banyak rehat...gi utk present jer..so..pejam celik..selesai sudah..alhamdulillah juga sbb penilai semuanya sporting dan memudahkan rather dan menyusahkan..tq very much kepada semua penilai..

Wednesday, December 9, 2009

Kursus PTK

Sejak Sabtu lepas saya berada dia Kampus UiTM Puncak Alam..kampus baru UiTM..mempunyai kawasan yang luas..kami ditempatkan di asrama...asrama design baru...berbentuk apartment 4 bilik..ok lah jugakk...9 km dari pekan Meru...
Kursus takder lar pack sgt..tetapi...hari2 ada pembentangan...jd waktu malam banyak digunakan untuk menyiapkan bahan2 persembahan dari tugasan2 yang diberikan..alhamdulillah..so far so good..kawan2 pun ok semua..saya akan berada disini sehingga Khamis 11/12..12/12 ada meeting dgn MITRANS...

Monday, November 30, 2009

Tertinggal jauh....

Aduhai..memang saya ketinggalan dalam mengemaskinikan blog ni. Mengendali blog bukan semudah yang disangka, memerlukan disiplin yang tinggi dan pengurusan masa yang baik supaya blog dapat dikemaskini sentiasa.

Bagaimana pun, banyak perkara berlaku daripada kali terakhir saya mengemaskinikan blog ini:

  • perjumpaan raya (reunion) bersama-sama rakan-rakan sekolah (Sekolah Teknik Tuanku Jaafar STTJ Seremban). Seronok dapat jumpa rakan2 lama...yang lelaki kebanyakkannya senang dicam sebab tak banyak berubah..tapi yang perempuan memang tak cam langsung sebab ramai yang dah kembang2..hehehehe..
  • musim peperiksaan pun dah berlalu..Alhamudulillah dapat dijalankan dengan jayanya...
  • dapat surat sah jawatan..Alhamdulillah jugak...terus mohon PTK pulak..kursus pada 6-12 Disember akan datang ini..
  • penyediaan proposal penyelidikan untuk projek MITRANS pun dah disiapkan...menunggu kelulusan dijangka dalam bukan Disember nanti..insyaAllah kalau ada rezki, buat PhD atas platform penyelidikan tersebut
  • tamat exam, jadi fasi Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di PD, pun setel dengan jayanya...
  • Raya Haji, bawak anak2 buah gi Gunung Ledang..suku gunung gak bawak dia orang panjat..biar dia orang rasa sikit adventure..ni asik jd city boy/girl jer..kasi lasak skit..hehehe

Lain-lain apa ya?? kalau ingat nnt saya tulis lagi..ni sekarang tengah merenung..nak menulis kertas renungan untuk dibawa ke kursus PTK nanti...

Masih merenung........

Tuesday, October 6, 2009

NEW LOOK...

Setelah lama menyepi..(bz posa..bz raya..bz bz..heheh)... blog saya kembali dengan wajah baru. Dengan wajah lebih ganas..hehehe... rupa2nya senang gak nak tukar2 design ni ya...dah explore...baru lar tau banyak template di luar sana yang kita boleh gunakan. Tak termasuk widgets yang banyak leh digunakan untuk menambah nilai pada blog kita.

Blog sekarang ni telah menjadi satu medium pemasaran. Sebagai contoh, blog berikut: http://lea-oven.blogspot.com .

Blog telah digunakan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan juga sebagai alat-alat e-commerce pada skala yang lebih kecil.

Blog bila digunakan bersama dengan laman jaringan sosial seperti Friendster dan Facebook, boleh menjadi medium pemasaran yang menawarkan kos lebih murah.

So..let's go blog...

Wednesday, September 16, 2009

16 September...

Hari ini 16 September adalah tarikh yang agak signifikan.

Hari ini merupakan Hari Angkatan Tentera Malaysia. Hari ATM pada hari ini meliputi sambutan kepada seluruh cabang Angkatan Tentera iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara.

Yang keduanya, hari ini juga merupakan hari penubuhan Malaysia, dimana Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju bergabung untuk menjadi sebuah negara Malaysia.

Disamping itu, ada juga dalam beberapa tahun kebelakangan ini beberapa cubaan untuk 'mengotorkan' hari ini oleh orang politik yang begitu obses merampas tampuk pemerintahan negara...heheh...

Tetapi, yang paling signifikan, adalah sebab hari ini adalah hari lahir saya..hehehe..

Mungkin sebab hari lahir saya bersamaan dengan hari ATM dan hari Malaysia, makanya saya mempunyai semangat patriotik yang berkobar-kobar. Atas sebab tu lah saya melibatkan diri saya dalam Pasukan Simpanan TLDM. Nak join full time masa tu mungkin bukan rezeki saya.

Sempena hari lahir, umor bertambah, jangka hayat berkurang..sama-sama kita ingat mengingati.

Kepada perajurit2..selamat hari ATM..dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara..selamat Hari Malaysia..

Friday, August 28, 2009

PERUNDING FRANCAIS..


Alhamdulillah..setelah berusaha dan menunggu sekian lama, akhirnya saya mendapat surat kelulusan perlantikan sebagai perunding francais dari pihak PNS. Perkara ini telah saya usahakan sejak BPJI belum wujud, iaitu dizaman Jai menjadi koordinator RMI. Berkat kesabaran, akhirnya tercapai juga hasrat.

Saya percaya, ilmu yang kita ada sepatutnya dipraktikkan dan digunakan sbg membantu masyarakat. Walaupun, mungkin ada yang mengatakan ini adalah berkaitan ganjaran kewangan, pada saya lebih daripada itu. Bohong lah kalau kita mengatakan membuat sesuatu tanpa mengharap ganjaran, lebih-lebih lagi dalam melibatkan 'Intellectual Property'. Tidak salah rasanya jika kita berfikiran begitu. Bill Gates menjadi salah seorang yang terkaya didunia disebabkan dia berjaya menukarkan 'tacit knowledge' beliau kepada suatu 'intellectual property' yang beliau berhak dibayar. Selain dibayar, usaha beliau berkongsi IP tersebut telah menyenangkan kerja-kerja orang-orang disekeliling dunia.

Bagi saya pula, kerja-kerja perundingan ini diharapkan dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang ada untuk dipraktikkan. Masa bekerja dulu, ilmu-ilmu ini amat membantu dalam menjalankan tugas-tugas seharian. Sekarang, dah rasa makin berkarat 'business acumen' ni..hehehe...

Terima kasih kepada rakan di PNS, seperti Zafrul dan juga Shahrul Mizan..yang selalu bersama-sama dalam kursus-kursus usahawan anjuran MEDEC. Mereka banyak membantu. Semoga hubungan dengan pihak PNS akan berterusan.