Tuesday, April 28, 2009

RALAT..NAMPAK SGT DAH TUA NI..hehehehe..

Merujuk kepada posting saya berkaitan hari TLDM tu..tarikh sebenar pada 27 April..bukannya 1 April..hehehe...tapi..hari-hari di TLDM ..memang best... lagi lar dengan bertambah modennya TLDM sekarang ni.. JOIN THE NAVY AND SEE THE WORLD..

Wednesday, April 22, 2009

DariNya kita datang..padaNya kita kembali....

baru balik dr tanah perkuburan... Anak arwah tuang rumah meninggal...pagi tadi kerana kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja..kabarnya dilanggar oleh kereta... Zainuddin yang saya kenal memang biasanya pergi ketempat kerja menunggang motosikal sbb keretanya digunakan istri untuk menghantar anak ke sekolah..
Rasanya baru aja ayah beliau Hj Kadir (tuan rumah saya sewa sekarang) meninggal..ada lar dalam 4-5 bulan lalu..dan sekarang anak nya pula menyusul...diumor yg boleh dikira muda..dalam 30-an..meninggalkan anak2 yang masih kecil (ada sorang anak arwah sekelas dengan anak saya...)
Arwah Hj Kadir yang sana kenal..memang seorang yang baik..seorang kampung yang rajin dan gigih berusaha....antara org kg yg kira hidupnya senang...(kaya tak semesti senang)...bayangkan saya menyewa rumah arwah ni..dengan tanah suku ekar..ada kolam ikan..ada pokok buah keliling rumah..arwah sewakan RM300 jer...dan dia jenis tak berkira..kalau org rumah berbunyi ada yg kurang pasal rumah mmg cepat dia dtg betulkan ke.. perkara akhir dia buat utk ialah untuk gantikan pintu bilik air... arwah dah siap belikan pintu lipat utk bilik air..cuma dia kata tukang nak pasang tu yg tak datang2...dan akhirnya..sampai dia meninggal..org tukang pasang tak dtg pasang..dan pintu tersebut masih ada dirumah..tersandar di dinding..melihatkan pintu tersebut..memang saya teringat kat arwah..
arwah ni sebenarnya sakit..saya tak tahu sakit sakit sebenar..tp..lebih kurangnya adalah sakit barah usus..dah buat kimo pun masih tak baik..kali terakhir saya berjumpa arwah semasa sihatnya adalah sehari sebelum bermula puasa pada tahun lepas (2008)..dia dtg kerumah..mmg rajin dia dtg rumah..so...org rumah buatkan air..dan kami minum2 didepan rumah..banyak perkara yang kami borakkan..ada lar juga arwah bagi ayat2 untuk yang menjadi amalan beliau..kemudian ada juga arwah merungut..sbb dia kata selalu solat Asar..masjid tak ramai orang...terasa jugak saya...itu lar yang saya masih ingat lagi..
Kemudian sepanjang bulan puasa saya sempat jumpa arwah sesekali semasa solat terawih..sampai lar raya...semasa raya lar sakit arwah semakin teruk.. nak pergi beraya pun famili arwah selalu takder sbb berubat dihospital Muar... and ada sekali bila arwah balik saya sempat menziarah..masa tu pun tgk arwah dah tak larat...mandi kena papah..dan terbaring aja..semasa salam nak balik..sampai sekarang ni saya masih terbayang wajah arwah semasa salam....selepas itu..seminggu lepas tu..saya dengar dia dah dimasukkan ke hospital segamat...bila saya ziarah di hospital arwah dah koma...sampai dia meninggal ...
Zainuddin ni pun sperti arwah bapak dia..seorang yang rajin..selalu dapat memungut kelapa di sekeliling rumah yang saya sewa..mungkin dengan isteri yg tak bekerja...dan 3 orang anak..yang membuat ikhtiar arwah lebih..tetapi arwah yg saya kenal memang rajin..dan pendiam...jarang berbual sebab tengok dia jenis pendiam....
sebak tadi melihat anak2 arwah yg masih kecil..anak 3 orang..darjah 5..darjah 4..dan masih bayi..anak arwah boleh dikira pandai..selalu bercompete dgn anak saya untuk tempat teratas..dan selalu naik pentas...sebak melihat abang arwah yang tinggal di sabah tadi sampai..abang arwah terus meluru masuk ..di riaknya seolah-olah dia nak pastikan bahwa tak benar adik dia meninggal...saya nampak abg dia terpempan menatap wajah jenazah..dan lepas memastikan yang betul adik dia telah tiada..baru lar dia keluar..
arwah dah selamat disemadikan...di tanah perkuburan sama dengan arwah ayahnya..semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Hj Abd Kadir dan Zainuddin bin Hj Abd Kadir...dan roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah..

Akhirnyaaa.....

Alhamdulillah...siap gak akhirnya proposal tu (final)...bersyukur jugak ke hadrat Illahi..kerana telah membuka jalan...sebab dalam teraba-raba nak cari tempat binding..tetiba kak Mis bagi tahu di library kita ada buat binding rupa-rupanya..Alhamdulillah sekali lagi...
Berbalik pasal binding tu..bukan masalah cerewet..ikutkan kalau setakat ring binding tu berlambak ada orang yang buat. Tapi utk berurusan dengan badan korporat ni..our presentation kena lar baik sbb it reflects our image..juga penting untuk the first impression. Juga penting dibuat dlm bentuk yg presentable utk memudahkan pihak klien membaca dan memahami apa yg kita sampaikan... oleh sbb itu..guna ring binding bukan satu bentuk presentation yang elok...comot..lagi pun lambat laun tanggal2 nanti...so..cakap lar saya cerewet..tp itu lar sbb nya..hehehe..

Sunday, April 19, 2009

"EMPLOYABILITY" graduat... pandangan anda....

Pada sessi makmal terakhir hari tu..untuk subjek IT..saya terperasan seorang pelajar sedang sibuk mencari bahan untuk tugasan dia kata..tentang employability graduan atau pelajar Universiti..sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya ingin mendengar pandangan-pandangan anda dahulu..dipersilakan...

SIAP DAH...

Akhirnya..siap jugak proposal IRDA..dah mail kat PM Zek untuk dia tambah lagi garam dan rempah..hehehe..hopefully dapat siap cepat supaya boleh siap sedia untuk dihantar pada 23 April nanti..
Dah siap..lega lah sikit..dapat gak kemas-kemas luar rumah..semalam tebang pokok-pokong pisang yang kena penyakit..jadi..pagi ni sambung bersihkan pokok-pokok yang ditebang..berjurai-jurai jugak peluh...ada lagi tinggal..ingat nak sambung petang..hujan lah pulak...esok jer kot...
Bercakap pasal esok, esok dah mula peperiksaan akhir...paper saya hari Selasa masuk..awal2 dah masuk...jadi kena balancing antara nak tanda exam paper..dan juga nak siapkan projek ni..fuhhh...xper..cabaran semua tu...buat tetap buat..hehehehe...

Friday, April 17, 2009

IRDA...Pt 2...

Aduhaiii..ingat nak sambung citer..tapi rasanya panjang lagi kalau nak cerita..dipendekkan cerita..trip ke IRDA dan site visit ari tu merupakkan trip yang produktif....PM Zek pun nampaknya happy..
Conclusion nya, kita sama-sama doa supaya dapat secure projek ni..hi impact gak..sebab the value memang tinggi..

Thursday, April 16, 2009

IRDA...

Semalam 15/4/2009, pagi2 buta lebih kurang dalam jam 5 dah keluar rumah untuk ke kampus. Terpaksa pusing jauh ikut Tasik Alai..sunyi woo jalan pagi2 buta nih..dah lar ari tu ada kereta terlungkup depan kubur cina tu pagi2 buta..
Kenapa perlu keluar pagi2 buta ni ke kampus??? Sbb Zamri dan driver dah tunggu kat foyer.. Kenapa Zamri dan driver tunggu kat foyer??? Sbb kita orang nak pergi JB..meeting dengan pihak IRDA...dan on the way kena ambil PM Zakaria Ahmad dari UiTM Shah Alam di airport senai..flight beliau tiba pada jam 8.20 pagi.
Dalam 5.30 pagi kami bertiga bergerak ke JB...berhenti solat Subuh di Masjid Jamek Yong Peng, lepas tu ngeteh kejap di kedai mamak di Yong Peng.
Dalam kul 7 kami bergerak dan tiba di Senai dalam jam 8.00 pagi. Saya dan Zamri decide nak tunggu didalam airport. So wondering gak macamana lar rupanya PM Zek ni..ok ker tak...
Dalam 8.20 beliau pun muncul..tengok2 ada gak lar macam Harith Iskandar rupa dia..hehehe...
Setelah bersalam dan mengenalkan diri, kami bergerak ke Restoran Ayub di Taman Universiti untuk bersarapan. Tadi kita orang reserve dr bersarapan sbb kuatir PM Zek belum sarapan...rupanya dia dah breakfast dalam flight dia kata..Sambil sarapan kami berbual sambil berbincang tentang apa nak di bincangkan dengan pihak IRDA. Nasib baik PM Zek ni bukan jenis skima..so..mudah nak berinteraksi dengan beliau. Banyak pengalaman perundingan rupanya dia ni!.
Dalam 9.30 bergerak ke IRDA..sebab appointment jam 10...sampai IRDA ujan dan menitik...masuk pejabat IRDA terus lebat. Dapat jumpa pegawai IRDA..jawatan Vice Presiden..tp orangnya masih muda. Tak tau lar kalau designation tu aja yang dasat..tetapi post lebih kurang Timbalan Pendaftar ker.
Lama jugak discuss..banyak juga agak rumit tentang projek ni. Bujet ceiling pun dia orang tak dapat nak bagi lagi.
Tengah discuss..zip seluar buat hal lah pulak..seluar zaman sekarang ni mmg tak tahan lar...zip tetiba rosak..adushh..immediate action...daripada baju tuck-in..kena keluarkan..hehehe..cover beb...subsequent action..cari tailor..lepas minta diri..suruh driver cari tailor..jumpa satu tailor amoi.."aiyo..saya tatak buat lelaki punya lorr..cuna kedai depan sana"..So, saya kekedai depan pulak, kedai India.."Tokey..boleh ganti zip ka??" "Boleh boss.."..dia kata. 'Amacam? mau buka seluar? Ada kain ka??" "Aisey..sori lar bang..kain tadak...apa kata abg buka seluar..lepas tu tunggu dalam changing room?" adush..apa lagi pilihan yang saya ada? So, masuk changing room, buka seluar, hulur kat dia..pastu tunggu dia siapkan jahit..sementara nunggu nasib baik lar ada game kat hp...dan nasib baik gak dia buat tak lama..bagus gak kedai tu..RM5 jer ganti dan jahit zip tu...
alahai..penat lak menaip..sambunggg....

Thursday, April 9, 2009

aduhaiiii...lamanya tak update blog....tak kesempatan lar rasanya pulak..dihujung2 semester ni..banyak yang nak dikejar..test..assignment..presentation..rakan2 yang lain pun tengah kalut gak rasanya....
ni update pun for the sake of updating....so, to semua..marilah kita semua berkalutan sebelum datangnya exam break..dan juga menjelangnya musim peperiksaan nanti....

Wednesday, April 1, 2009

1 April..Hari TLDM

Hari ni 1 April merupakan hari TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Ini mengingatkan aku kepada hari-hari dimana aku aktif didalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM). Term aku sebagai Pegawai didalam PSSTLDM akan tamat pada tahun 2011. Sedih juga rasanya mengingatkan term sebagai Pegawai akan tamat memandangkan kepada kenangan2 manis semasa berkhidmat dengan TLDM selama ini.
Kalau difikirkan memang banyak juga pengetahuan yang diluar daripada bidang sedia ada yang aku dapat sepanjang berkhidmat didalam PSSTLDM. Di hari-hari biasa, dengan kelulusan Diploma Perakaunan dulu, aku berkhidmat di jabatan yang berkaitan dengan kewangan dan juga akaun.
Dengan menyertai PSSTLDM, pengetahuan yang aku dapat berkembang diluar kotak kewangan dan akaun. Aku mendapat pengetahuan2 lain selain daripada tugas eeharian aku. Mula-mula sebenarnya aku lebih cenderung kepada Askar Wataniah, iaitu pasukan simpanan bagi Tentera Darat (TDM). Tapi tunggu punya tunggu takder tawaran daripada TDM aku pun join lar PSSTLDM. Bila dah join PSSTLDM baru aku nampak banyak manfaatnya. Bila dah masuk, bila dibandingkan diantara ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera (TDM,TLDM, TUDM), didalam TLDM lah sebenarnya kita berhadapan dengan banyak teknologi-teknologi tinggi.
kapal-kapal TLDM terutama generasi terbaru seperti Frigate KD Jebat, NGPV (new generation patrol vessel) seperti KD Kedah, corvette kelas Laksaman, kapal-kapal selam yang akan diterima pada tahun ini, semuanya mempunyai peralatan-peralatan persenjataan berteknologi tinggi.
Sepanjang berada didalam PSSTLDM, dah kerap kali juga aku pergi belayar dengan kapal-kapal TLDM, kecil dan besar. Peluang2 ni didapati semasa latihan tahunan. Antaranya KD Sri Inderapura (LST - Landing Ship Tank), belayar ke Labuan. Juga KD Sri Banggi (LST zaman perang Vietnam, dah decommison pun), KD Rahmat, dan beberapa buah lagi yang aku dah lupa. Speanjang berada dalam PSSTLDM juga dah bermacam2 orang aku juga terutama warga TLDM sendiri.
Belayar dengan Sri Banggi semasa latihan tahunan dan pelayaran adalah ke Medan. Sri Banggi adalah LST peninggalan zama perang Vietnam. kapal tersebut dihadiahkan oleh kerajaan Amerika kepada kita. Menurut ceritanya, di dalam tank deck kat bawah tu dulu mayat-mayat askar Amerika yang terkorban disimpan. Semasa perjalanan ke Medan pun memang sntiasa breakdown. Dua kapal ke Medan masa tu, iaitu Sri Banggi dan KD Hang Tuah, dan aku rasa bernasib baik dapat ditempatkan di KD Sri Banggi. Disebabkan officer's quarter terhad di Sri Banggi, maka masa tu tak ramailah pegawai PSSTLDM yang dapat ditempatkan di kapal tersebut. Disebab kan tidak ramai pegawai, maka masa putaran bagi setiap 'watches' (tempoh bertugas) amatlah pendek. Belum hilang penat watch sebelumnya..dah kena watch balik semula. (Setiap watch adalah selama 4 jam)..tapi aku terima sebagai cabaran memandangkan lebih banyak aku buat watch, pada aku makin banyak pengalaman yang aku dapat. walaupun kapal ni buruk, tapi disebabkan kapal ni adalah kapal bekalan, maka bekalan air agak mewah, langsung takder catuan..heheh..di kapal sebelah (KD Hang Tuah -kelas frigate) air dicatu..sampai kat Medan, muka ang ada kat Hang Tuah macam muka tak mandi..hehehehe...
Ingat-ingat balik, memang seronok..memandangkan pengalaman yang kita dapat adalah pengalaman diluar kotak, iaitu pengalaman diluar kerja-kerja seharian kita...
Kepada warga TLDM, selamat menyambut Hari TLDM..all the best! you are the pros...
TLDM - 'SEDIA BERKORBAN"...