Monday, November 30, 2009

Tertinggal jauh....

Aduhai..memang saya ketinggalan dalam mengemaskinikan blog ni. Mengendali blog bukan semudah yang disangka, memerlukan disiplin yang tinggi dan pengurusan masa yang baik supaya blog dapat dikemaskini sentiasa.

Bagaimana pun, banyak perkara berlaku daripada kali terakhir saya mengemaskinikan blog ini:

  • perjumpaan raya (reunion) bersama-sama rakan-rakan sekolah (Sekolah Teknik Tuanku Jaafar STTJ Seremban). Seronok dapat jumpa rakan2 lama...yang lelaki kebanyakkannya senang dicam sebab tak banyak berubah..tapi yang perempuan memang tak cam langsung sebab ramai yang dah kembang2..hehehehe..
  • musim peperiksaan pun dah berlalu..Alhamudulillah dapat dijalankan dengan jayanya...
  • dapat surat sah jawatan..Alhamdulillah jugak...terus mohon PTK pulak..kursus pada 6-12 Disember akan datang ini..
  • penyediaan proposal penyelidikan untuk projek MITRANS pun dah disiapkan...menunggu kelulusan dijangka dalam bukan Disember nanti..insyaAllah kalau ada rezki, buat PhD atas platform penyelidikan tersebut
  • tamat exam, jadi fasi Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di PD, pun setel dengan jayanya...
  • Raya Haji, bawak anak2 buah gi Gunung Ledang..suku gunung gak bawak dia orang panjat..biar dia orang rasa sikit adventure..ni asik jd city boy/girl jer..kasi lasak skit..hehehe

Lain-lain apa ya?? kalau ingat nnt saya tulis lagi..ni sekarang tengah merenung..nak menulis kertas renungan untuk dibawa ke kursus PTK nanti...

Masih merenung........

0 comments: