Friday, August 28, 2009

PERUNDING FRANCAIS..


Alhamdulillah..setelah berusaha dan menunggu sekian lama, akhirnya saya mendapat surat kelulusan perlantikan sebagai perunding francais dari pihak PNS. Perkara ini telah saya usahakan sejak BPJI belum wujud, iaitu dizaman Jai menjadi koordinator RMI. Berkat kesabaran, akhirnya tercapai juga hasrat.

Saya percaya, ilmu yang kita ada sepatutnya dipraktikkan dan digunakan sbg membantu masyarakat. Walaupun, mungkin ada yang mengatakan ini adalah berkaitan ganjaran kewangan, pada saya lebih daripada itu. Bohong lah kalau kita mengatakan membuat sesuatu tanpa mengharap ganjaran, lebih-lebih lagi dalam melibatkan 'Intellectual Property'. Tidak salah rasanya jika kita berfikiran begitu. Bill Gates menjadi salah seorang yang terkaya didunia disebabkan dia berjaya menukarkan 'tacit knowledge' beliau kepada suatu 'intellectual property' yang beliau berhak dibayar. Selain dibayar, usaha beliau berkongsi IP tersebut telah menyenangkan kerja-kerja orang-orang disekeliling dunia.

Bagi saya pula, kerja-kerja perundingan ini diharapkan dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang ada untuk dipraktikkan. Masa bekerja dulu, ilmu-ilmu ini amat membantu dalam menjalankan tugas-tugas seharian. Sekarang, dah rasa makin berkarat 'business acumen' ni..hehehe...

Terima kasih kepada rakan di PNS, seperti Zafrul dan juga Shahrul Mizan..yang selalu bersama-sama dalam kursus-kursus usahawan anjuran MEDEC. Mereka banyak membantu. Semoga hubungan dengan pihak PNS akan berterusan.

0 comments: