Wednesday, September 16, 2009

16 September...

Hari ini 16 September adalah tarikh yang agak signifikan.

Hari ini merupakan Hari Angkatan Tentera Malaysia. Hari ATM pada hari ini meliputi sambutan kepada seluruh cabang Angkatan Tentera iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara.

Yang keduanya, hari ini juga merupakan hari penubuhan Malaysia, dimana Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju bergabung untuk menjadi sebuah negara Malaysia.

Disamping itu, ada juga dalam beberapa tahun kebelakangan ini beberapa cubaan untuk 'mengotorkan' hari ini oleh orang politik yang begitu obses merampas tampuk pemerintahan negara...heheh...

Tetapi, yang paling signifikan, adalah sebab hari ini adalah hari lahir saya..hehehe..

Mungkin sebab hari lahir saya bersamaan dengan hari ATM dan hari Malaysia, makanya saya mempunyai semangat patriotik yang berkobar-kobar. Atas sebab tu lah saya melibatkan diri saya dalam Pasukan Simpanan TLDM. Nak join full time masa tu mungkin bukan rezeki saya.

Sempena hari lahir, umor bertambah, jangka hayat berkurang..sama-sama kita ingat mengingati.

Kepada perajurit2..selamat hari ATM..dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara..selamat Hari Malaysia..

5 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir kawan..patut la awak marah sangat kalau sembang bab-bab patriotik nih..x terpikir lak kawan pasal hal2 siginificant nih..heheheh....Apa pun selamat panjang umor..

Nadiatul Fatimah Ghazi said...

ye ye oh la siR nih..
Happy biRthday!!!!

Canopus said...

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Raya
Tahniah, umur bergerak setahun lagi..

Mohd Halim said...

Salam...

Selamat hari lahir dan selamat hari raya.

nizamuddin said...

Terima kasih Mr Halim...