Semalam (Rabu) pergi ke JB untuk urursan penyeliaan pelajar praktikal. ada 3 orang untuk diselia, seorang di Koperasi Kedai Buku UTM di Tmn Universiti Skudai, dan 2 orang di Telekom Taman Sentosa. Bertolak agak lewat tapi sempat sampai di Skudai sebelum lunch break. Jumpa kak Ani yang kerja situ..then pergi Jusco jumpa teman lama..dah banyak gak berubah di Jusco...dah ada wifi segala..mungkin menyedari terdapat ramai pelanggan dikalangan pelajar UTM disitu. Sempat cari buku Harry Porter untuk anak di MPH..kemudian beli Norton Antivirus untuk laptop yang dah lama gak expired. Susah nak cari Norton kat Segamat ni.
Dalam 2.30 bergerak ke Telekom, senang jugak jumpa tempat dia. Lama gak kat situ sambil berbual dengan supervisor pelajar di situ.
Dekat jam 5.00 baru bergerak balik..dah mula hujan..tak selesa nak memandu. Berhenti solat di Petronas sebelum tol PLUS. Makan Burger King, dan buat appointment dengan kawan lama, Zul, pengusaha perabut. Rehat situ lama gak, terjumpa jugak Hanizam, pensyarah UTM. Dan terjumpa kawan lama masa sekolah menengah dulu..Zaidi dan Mail Arab. Bercakap pasal Mail Arab ni, bili pikir2 balik sebenarnya kita orang lar dulu pencetus memakai seluar panjang bagi pelajar-pelajar sekolah. Masa zaman kami, hanya pelajar menengah atas, tingkatan 4,5,6 sahaja yang dibenarkan pakai seluar panjang. Bawah daripada tu sampai kesekolah rendah hanya boleh pakai seluar pendek. Tapi, masuk tingkatan 2 kalau tak salah, disebab Mail ni keturunan Arab, bulu kali lebat, kami berdegil memakai seluar panjang. Jenuh juga lar bersoal jawab dengan guru besar semua, sehinggakan kes ni naik ke jabatan pendidikan negeri. Tapi, akhirnya, kami dibenarkan juga memakai seluar panjang. tu lar kenangan lama...
bergerak ke Segamat selepas solat Maghrib dan jamak Isyak...anak kirim KFC lak..terpaksalar berkejar sebelum KFC tutup. Sempat juga beli, tapi berhenti juga di gerai simpang kuantan, makan nasi. Lapar nasi, satu hari tak jamah nasi. smapai rumah masih sempat catch up CSI..heheh..letih woo..
skip to main |
skip to sidebar
Blog Archive
-
►
2010
(3)
- ► August 2010 (2)
- ► January 2010 (1)
-
▼
2009
(38)
- ► December 2009 (3)
- ► November 2009 (1)
- ► October 2009 (1)
- ► September 2009 (1)
- ► August 2009 (2)
- ► April 2009 (9)
Followers
About Me

- My Go-Blog
- Seorang pensyarah pemasaran...tapi banyak juga mengajar pengurusan perniagaan, perlibat aktif dalam program-program keusahawanan. Sudah tentu, bila jadi pensyarah tu..dah ada MBA, ada gak BBA Marketing, Diploma in Accountancy dan Sijil Percukaian. So..dah orang akademik ni, tentu orang yang bijak pandai ya? Tidak semestinya..sebagai manusia kita mesti mengakui hakikat bahawa walau kita ada PhD sekalipun, tidak menjadikan kita sebagai manusia yang pandai serba serbi.PhD atau mana-mana kelulusan yang kita dapat selalunya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja, dan biasanya keahlian kita hanya kepada bidang tersebut. Kita mungkin merasakan diri kita pandai, tetapi sebenarnya kita masih go-blog dalam banyak hal lain. Tak ada orang yang boleh mendabik dada mengatakan dirinya pandai serba-serbi. Sebagai insan yang kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaanNya, diri kita sebenarnya masih banyak go-blog nya. So, marilah kita sama-sama merenung go-blog kita supaya kita dapat menjadikan diri kita insan yang lebih baik.
0 comments:
Post a Comment