Monday, March 30, 2009

Jumaat lepas ada sambutan Maulidur Rasul...antara acara yang diadakan adalah seperti biasa perarakan. Jadi, dengan semangatnya, dan sebab tengok semua orang kena pergi..maka pergi lar berarak..berpeluh gak lar dibuatnya. Tapi, tak stay abis pun program tu sebab jam 10 ada kelas.
Semasa berarak tu, adalah sorang hamba Allah tu bertanya, "agak2 kalau ko bukan koordinator, ko hadir tak program ni?" So..saya jawab, "Of course lar tak..hehehe..".. So tugas hadir-hadir function datang bersama pakej menjadi koordinator. Pastu dia sambung lagi..tapi cam tak sedap jer ayat-ayat dia tu..dia tambah lagi, lebih kurang dia kata..kiranya hadir majlis untuk membodek orang atas lar kiranya..terkejut gak saya dibuatnya bila dia kata begitu. Tak sangka gak selama ni ada yang beranggapan begitu lak. Tapi, no problem..sebab apa yang dia sangka tu bukannya diri saya. Saya cakap dengan dia selama ni saya buat kerja takder lar menonjol-nonjol nak tunjuk pada boss yang aku ni wat kerja. Kalau boleh memang tak mahu boss tahu pun..dan selalu kalau nampak boss2 atas tu, saja mengelak sebab maleh nak bercerita. Tapi, saya bukan jenis tu..so maleh ar nak jawab lebey..tapi setahu saya..memang jadi budaya di sini...kekadang program kecik2 jer..pun tetap nak panggil pengarah rasmi lar..tutup larr.. satu budaya makan..dua..budaya rasmi merasmi...tu bukan untuk menunjuk2 pada boss ker? hehehe..
Bercakap pasal ikut-ikut boss ni kan..kekadang buat saya terpikir dan teringat kisah2 lama. Masa tempat kerja lama dulu, ada sorang NC ni warak orangnya...jadi selalu lar gi masjid. Disbbkan dia selalu pergi masjid, maka semua lar dekan-dekan, ketua-ketua jabatan pun rajin lar pergi masjid..lepas solat..sambil nak pakai kasut tu..dok lar sembang2 kat tangga masjid tu. Yang pakai songkok pun ramai. So, bila tiba masanya, dia diganti pulak dengan NC yang lain. So, dipendekkan cerita, NC baru ni warak kot..hehe..tapi kurang lar pergi masjid..tapi yang pastinya kaki golf. So, berduyun-duyunlah pulak si Dekan-dekan, Ketuua-ketua jabatan ni main golf..penuh lar pulak padang golf dia orang main..maka kurang lah pulak orang-orang besar ni di tangga masjid tu samada pada waktu Zuhur atau pun Asar.
Berbalik kepada tempat sekarang ni pulak...Pengarah sekarang memang orang yang warak...yang menyeru supaya semua warga kerja mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah. So,, sekarang ni ramai lar orang-orang kanan dan juga kiri yang bersolat jemaah di masjid, termasuk aku. Tapi, aku gi masjid bukan pasal nak bodek boss, jangan salah anggap lak. nanti aku cerita sebab dia. Jadi, ini buat aku berfikir...agaknya..kalau pengarah sekarang ni berganti dengan orang lain (tak berapa lama dah pun), agak2nya adakah orang2 yang sama ni akan tetap sama2 terus memakmurkan masjid ni? heheh...sama2 lah kita tunggu dan lihat. As for me, aku berazam, walau sesiapa pun pengarah, kalau tak ada kelas atau aral, aku akan cuba berjemaah di masjid sini. Tapi, ditekankan aku ke masjid ni atas kesedaran sendiri. Dalam diam2 (tanpa pengetahuan Pengarah..kalau aku bagi tau Pengarah yang aku baca buku dia nanti orang kata ku bodek lak) aku baca buku yang ditulis oleh Pengarah... dan sebenarnya ada antara nukila beliau didalam buku tersebut menyedarkan aku dan buat aku malu pada diri sendiri. Part mana, biarlah aku jer yang tahu...
aduhs..penat jari..sambung nanti.....

6 comments:

Anonymous said...

Salam.

Mereka ke masjid dan berbuat baik, hendaklah kita bersyukur. Apa yang ada di dalam hati mereka itu hak Tuhan. Kita sebagai saudara mereka, janganlah sesekali kita berburuk sangka (su' uzzon).

WALLAH hu a'lam.

Nizamuddin said...

TQ atas komen anonymous.. bukan nak berburuk sangka..tapi ini yang pernah saya alami yang membuat saya adakah kemungkinan perkara yang sama berlaku disini...
Silap saya mungkin...rasa geram setelah orang berburuk sangka pada saya... hehehehe..tapi..no problem arrr..just a thought...

mohd halim said...

Salam Nizamuddin,

Sama ada mereka itu ikhlas atau menunjuk saya rasa ia urusan mereka dengan Allah. Tapi saya nampak sesuatu yang dipakej dengan baik akan dapat sambutan. Masjid Assyakirin sekarang ni ada pakej yang menarik untuk orang berkunjung. kalau pakej ini berterusan tidak mustahil kemakmuran masjid akan berterusan.

Nizamuddin said...

Terima kasih Mr Halim..
Saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya nukilkan menyentuh dan menyinggung perasaan sesiapa.
Semasa saya menulis nukilan ini, sebenarnya perasaan saya tersentuh oleh teguran seseorang yang boleh dkira sebagai Ustaz...yang mengatakan saya menghadiri majlis Maulud tersebut kerana nak membodek orang atasan.
Jadi, semasa membuat nukilan tersebut, saya akui memang dipengaruhi oleh emosi, jadi memang tulisan tersebut berbaur emosi. Maaf sekali lagi, tak berniat nak menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan sesiapa. Juga tidak berniat merendah-rendahkan niat orang lain.
Tapi, saya juga berharap, memandangkan apa yang saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya, saya berharap perkara yang sama tidak berulang juga disini. Bermaksud, walau sesiapa pun Pengarah kita, sama-samalah sedaya upaya kita meingimarahkan masjid, tak kira lar masjid UiTM ni atau masjid dimana kita tinggal..
sekali lagi saya memohon maaf, kelemahan tu memang datang dari saya.

Anonymous said...

Ermmm...kena mintak maaf ek? Bukan kita ni bebas meluahkan pendapat sendiri ke? Konpius..konpius.. Kalau orang tak boleh judge "keikhlasan" kita, org pun tak boleh nak judge apa yang kita cakap betul atau salah..rasanya lah..

Anonymous said...

Kesian ...........tak apa!!
Memang sedap kita mengutuk, mengumpat atau mengata orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa tetapi dosa mengumpat dan mengaibkan orang lain boleh dicontrol sebab dia datang dari kita sendiri. Orang tua-tua selalu menyebut, "Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa." Dulu orang kata mulut perempuan je yang celupar but now semua mulut dah boleh celupar. Mungkin inilah strategi termurah dan terbaru menangani stress!!

Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan malah dalam e-group sekalipun, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, dan sebagainya. Seronok ya! kumpul ramai-ramai dan bersembang over just 1 cup of tea (sampai tak cukup masa tea break)
Antara sedar dengan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat (dikata) itu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, Yang bestnya, kuahnya lebih dari isi, tambah dgn gula, garam, aji no moto, santan, lada etc, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi!
Menjadi juruhebah radio tak rasmi atau internet bergerak, saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika bukan sahaja membuang masa. 'Menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah' dan 'menceritakan perihal orang untuk mencari jalan penyelesaian dan pengajaran' adalah dua perkara yang amat berbeza. Be careful!!!!
Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum.