Hari ni 1 April merupakan hari TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Ini mengingatkan aku kepada hari-hari dimana aku aktif didalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM). Term aku sebagai Pegawai didalam PSSTLDM akan tamat pada tahun 2011. Sedih juga rasanya mengingatkan term sebagai Pegawai akan tamat memandangkan kepada kenangan2 manis semasa berkhidmat dengan TLDM selama ini.
Kalau difikirkan memang banyak juga pengetahuan yang diluar daripada bidang sedia ada yang aku dapat sepanjang berkhidmat didalam PSSTLDM. Di hari-hari biasa, dengan kelulusan Diploma Perakaunan dulu, aku berkhidmat di jabatan yang berkaitan dengan kewangan dan juga akaun.
Dengan menyertai PSSTLDM, pengetahuan yang aku dapat berkembang diluar kotak kewangan dan akaun. Aku mendapat pengetahuan2 lain selain daripada tugas eeharian aku. Mula-mula sebenarnya aku lebih cenderung kepada Askar Wataniah, iaitu pasukan simpanan bagi Tentera Darat (TDM). Tapi tunggu punya tunggu takder tawaran daripada TDM aku pun join lar PSSTLDM. Bila dah join PSSTLDM baru aku nampak banyak manfaatnya. Bila dah masuk, bila dibandingkan diantara ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera (TDM,TLDM, TUDM), didalam TLDM lah sebenarnya kita berhadapan dengan banyak teknologi-teknologi tinggi.
kapal-kapal TLDM terutama generasi terbaru seperti Frigate KD Jebat, NGPV (new generation patrol vessel) seperti KD Kedah, corvette kelas Laksaman, kapal-kapal selam yang akan diterima pada tahun ini, semuanya mempunyai peralatan-peralatan persenjataan berteknologi tinggi.
Sepanjang berada didalam PSSTLDM, dah kerap kali juga aku pergi belayar dengan kapal-kapal TLDM, kecil dan besar. Peluang2 ni didapati semasa latihan tahunan. Antaranya KD Sri Inderapura (LST - Landing Ship Tank), belayar ke Labuan. Juga KD Sri Banggi (LST zaman perang Vietnam, dah decommison pun), KD Rahmat, dan beberapa buah lagi yang aku dah lupa. Speanjang berada dalam PSSTLDM juga dah bermacam2 orang aku juga terutama warga TLDM sendiri.
Belayar dengan Sri Banggi semasa latihan tahunan dan pelayaran adalah ke Medan. Sri Banggi adalah LST peninggalan zama perang Vietnam. kapal tersebut dihadiahkan oleh kerajaan Amerika kepada kita. Menurut ceritanya, di dalam tank deck kat bawah tu dulu mayat-mayat askar Amerika yang terkorban disimpan. Semasa perjalanan ke Medan pun memang sntiasa breakdown. Dua kapal ke Medan masa tu, iaitu Sri Banggi dan KD Hang Tuah, dan aku rasa bernasib baik dapat ditempatkan di KD Sri Banggi. Disebabkan officer's quarter terhad di Sri Banggi, maka masa tu tak ramailah pegawai PSSTLDM yang dapat ditempatkan di kapal tersebut. Disebab kan tidak ramai pegawai, maka masa putaran bagi setiap 'watches' (tempoh bertugas) amatlah pendek. Belum hilang penat watch sebelumnya..dah kena watch balik semula. (Setiap watch adalah selama 4 jam)..tapi aku terima sebagai cabaran memandangkan lebih banyak aku buat watch, pada aku makin banyak pengalaman yang aku dapat. walaupun kapal ni buruk, tapi disebabkan kapal ni adalah kapal bekalan, maka bekalan air agak mewah, langsung takder catuan..heheh..di kapal sebelah (KD Hang Tuah -kelas frigate) air dicatu..sampai kat Medan, muka ang ada kat Hang Tuah macam muka tak mandi..hehehehe...
Ingat-ingat balik, memang seronok..memandangkan pengalaman yang kita dapat adalah pengalaman diluar kotak, iaitu pengalaman diluar kerja-kerja seharian kita...
Kepada warga TLDM, selamat menyambut Hari TLDM..all the best! you are the pros...
TLDM - 'SEDIA BERKORBAN"...
skip to main |
skip to sidebar
Wednesday, April 1, 2009
Blog Archive
-
►
2010
(3)
- ► August 2010 (2)
- ► January 2010 (1)
-
▼
2009
(38)
- ► December 2009 (3)
- ► November 2009 (1)
- ► October 2009 (1)
- ► September 2009 (1)
- ► August 2009 (2)
- ▼ April 2009 (9)
- ► March 2009 (7)
Followers
About Me

- My Go-Blog
- Seorang pensyarah pemasaran...tapi banyak juga mengajar pengurusan perniagaan, perlibat aktif dalam program-program keusahawanan. Sudah tentu, bila jadi pensyarah tu..dah ada MBA, ada gak BBA Marketing, Diploma in Accountancy dan Sijil Percukaian. So..dah orang akademik ni, tentu orang yang bijak pandai ya? Tidak semestinya..sebagai manusia kita mesti mengakui hakikat bahawa walau kita ada PhD sekalipun, tidak menjadikan kita sebagai manusia yang pandai serba serbi.PhD atau mana-mana kelulusan yang kita dapat selalunya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja, dan biasanya keahlian kita hanya kepada bidang tersebut. Kita mungkin merasakan diri kita pandai, tetapi sebenarnya kita masih go-blog dalam banyak hal lain. Tak ada orang yang boleh mendabik dada mengatakan dirinya pandai serba-serbi. Sebagai insan yang kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaanNya, diri kita sebenarnya masih banyak go-blog nya. So, marilah kita sama-sama merenung go-blog kita supaya kita dapat menjadikan diri kita insan yang lebih baik.
0 comments:
Post a Comment