Semalam 15/4/2009, pagi2 buta lebih kurang dalam jam 5 dah keluar rumah untuk ke kampus. Terpaksa pusing jauh ikut Tasik Alai..sunyi woo jalan pagi2 buta nih..dah lar ari tu ada kereta terlungkup depan kubur cina tu pagi2 buta..
Kenapa perlu keluar pagi2 buta ni ke kampus??? Sbb Zamri dan driver dah tunggu kat foyer.. Kenapa Zamri dan driver tunggu kat foyer??? Sbb kita orang nak pergi JB..meeting dengan pihak IRDA...dan on the way kena ambil PM Zakaria Ahmad dari UiTM Shah Alam di airport senai..flight beliau tiba pada jam 8.20 pagi.
Dalam 5.30 pagi kami bertiga bergerak ke JB...berhenti solat Subuh di Masjid Jamek Yong Peng, lepas tu ngeteh kejap di kedai mamak di Yong Peng.
Dalam kul 7 kami bergerak dan tiba di Senai dalam jam 8.00 pagi. Saya dan Zamri decide nak tunggu didalam airport. So wondering gak macamana lar rupanya PM Zek ni..ok ker tak...
Dalam 8.20 beliau pun muncul..tengok2 ada gak lar macam Harith Iskandar rupa dia..hehehe...
Setelah bersalam dan mengenalkan diri, kami bergerak ke Restoran Ayub di Taman Universiti untuk bersarapan. Tadi kita orang reserve dr bersarapan sbb kuatir PM Zek belum sarapan...rupanya dia dah breakfast dalam flight dia kata..Sambil sarapan kami berbual sambil berbincang tentang apa nak di bincangkan dengan pihak IRDA. Nasib baik PM Zek ni bukan jenis skima..so..mudah nak berinteraksi dengan beliau. Banyak pengalaman perundingan rupanya dia ni!.
Dalam 9.30 bergerak ke IRDA..sebab appointment jam 10...sampai IRDA ujan dan menitik...masuk pejabat IRDA terus lebat. Dapat jumpa pegawai IRDA..jawatan Vice Presiden..tp orangnya masih muda. Tak tau lar kalau designation tu aja yang dasat..tetapi post lebih kurang Timbalan Pendaftar ker.
Lama jugak discuss..banyak juga agak rumit tentang projek ni. Bujet ceiling pun dia orang tak dapat nak bagi lagi.
Tengah discuss..zip seluar buat hal lah pulak..seluar zaman sekarang ni mmg tak tahan lar...zip tetiba rosak..adushh..immediate action...daripada baju tuck-in..kena keluarkan..hehehe..cover beb...subsequent action..cari tailor..lepas minta diri..suruh driver cari tailor..jumpa satu tailor amoi.."aiyo..saya tatak buat lelaki punya lorr..cuna kedai depan sana"..So, saya kekedai depan pulak, kedai India.."Tokey..boleh ganti zip ka??" "Boleh boss.."..dia kata. 'Amacam? mau buka seluar? Ada kain ka??" "Aisey..sori lar bang..kain tadak...apa kata abg buka seluar..lepas tu tunggu dalam changing room?" adush..apa lagi pilihan yang saya ada? So, masuk changing room, buka seluar, hulur kat dia..pastu tunggu dia siapkan jahit..sementara nunggu nasib baik lar ada game kat hp...dan nasib baik gak dia buat tak lama..bagus gak kedai tu..RM5 jer ganti dan jahit zip tu...
alahai..penat lak menaip..sambunggg....
skip to main |
skip to sidebar
Blog Archive
-
►
2010
(3)
- ► August 2010 (2)
- ► January 2010 (1)
-
▼
2009
(38)
- ► December 2009 (3)
- ► November 2009 (1)
- ► October 2009 (1)
- ► September 2009 (1)
- ► August 2009 (2)
- ▼ April 2009 (9)
- ► March 2009 (7)
Followers
About Me

- My Go-Blog
- Seorang pensyarah pemasaran...tapi banyak juga mengajar pengurusan perniagaan, perlibat aktif dalam program-program keusahawanan. Sudah tentu, bila jadi pensyarah tu..dah ada MBA, ada gak BBA Marketing, Diploma in Accountancy dan Sijil Percukaian. So..dah orang akademik ni, tentu orang yang bijak pandai ya? Tidak semestinya..sebagai manusia kita mesti mengakui hakikat bahawa walau kita ada PhD sekalipun, tidak menjadikan kita sebagai manusia yang pandai serba serbi.PhD atau mana-mana kelulusan yang kita dapat selalunya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja, dan biasanya keahlian kita hanya kepada bidang tersebut. Kita mungkin merasakan diri kita pandai, tetapi sebenarnya kita masih go-blog dalam banyak hal lain. Tak ada orang yang boleh mendabik dada mengatakan dirinya pandai serba-serbi. Sebagai insan yang kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaanNya, diri kita sebenarnya masih banyak go-blog nya. So, marilah kita sama-sama merenung go-blog kita supaya kita dapat menjadikan diri kita insan yang lebih baik.
1 comments:
oppss....kena sensor la sikit bab zip seluar tu..
lain kali nak pi outstation, kena standby sluar dalam keta nampak gayanya...
@nebuchadneeza
Post a Comment