Wednesday, April 22, 2009

DariNya kita datang..padaNya kita kembali....

baru balik dr tanah perkuburan... Anak arwah tuang rumah meninggal...pagi tadi kerana kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja..kabarnya dilanggar oleh kereta... Zainuddin yang saya kenal memang biasanya pergi ketempat kerja menunggang motosikal sbb keretanya digunakan istri untuk menghantar anak ke sekolah..
Rasanya baru aja ayah beliau Hj Kadir (tuan rumah saya sewa sekarang) meninggal..ada lar dalam 4-5 bulan lalu..dan sekarang anak nya pula menyusul...diumor yg boleh dikira muda..dalam 30-an..meninggalkan anak2 yang masih kecil (ada sorang anak arwah sekelas dengan anak saya...)
Arwah Hj Kadir yang sana kenal..memang seorang yang baik..seorang kampung yang rajin dan gigih berusaha....antara org kg yg kira hidupnya senang...(kaya tak semesti senang)...bayangkan saya menyewa rumah arwah ni..dengan tanah suku ekar..ada kolam ikan..ada pokok buah keliling rumah..arwah sewakan RM300 jer...dan dia jenis tak berkira..kalau org rumah berbunyi ada yg kurang pasal rumah mmg cepat dia dtg betulkan ke.. perkara akhir dia buat utk ialah untuk gantikan pintu bilik air... arwah dah siap belikan pintu lipat utk bilik air..cuma dia kata tukang nak pasang tu yg tak datang2...dan akhirnya..sampai dia meninggal..org tukang pasang tak dtg pasang..dan pintu tersebut masih ada dirumah..tersandar di dinding..melihatkan pintu tersebut..memang saya teringat kat arwah..
arwah ni sebenarnya sakit..saya tak tahu sakit sakit sebenar..tp..lebih kurangnya adalah sakit barah usus..dah buat kimo pun masih tak baik..kali terakhir saya berjumpa arwah semasa sihatnya adalah sehari sebelum bermula puasa pada tahun lepas (2008)..dia dtg kerumah..mmg rajin dia dtg rumah..so...org rumah buatkan air..dan kami minum2 didepan rumah..banyak perkara yang kami borakkan..ada lar juga arwah bagi ayat2 untuk yang menjadi amalan beliau..kemudian ada juga arwah merungut..sbb dia kata selalu solat Asar..masjid tak ramai orang...terasa jugak saya...itu lar yang saya masih ingat lagi..
Kemudian sepanjang bulan puasa saya sempat jumpa arwah sesekali semasa solat terawih..sampai lar raya...semasa raya lar sakit arwah semakin teruk.. nak pergi beraya pun famili arwah selalu takder sbb berubat dihospital Muar... and ada sekali bila arwah balik saya sempat menziarah..masa tu pun tgk arwah dah tak larat...mandi kena papah..dan terbaring aja..semasa salam nak balik..sampai sekarang ni saya masih terbayang wajah arwah semasa salam....selepas itu..seminggu lepas tu..saya dengar dia dah dimasukkan ke hospital segamat...bila saya ziarah di hospital arwah dah koma...sampai dia meninggal ...
Zainuddin ni pun sperti arwah bapak dia..seorang yang rajin..selalu dapat memungut kelapa di sekeliling rumah yang saya sewa..mungkin dengan isteri yg tak bekerja...dan 3 orang anak..yang membuat ikhtiar arwah lebih..tetapi arwah yg saya kenal memang rajin..dan pendiam...jarang berbual sebab tengok dia jenis pendiam....
sebak tadi melihat anak2 arwah yg masih kecil..anak 3 orang..darjah 5..darjah 4..dan masih bayi..anak arwah boleh dikira pandai..selalu bercompete dgn anak saya untuk tempat teratas..dan selalu naik pentas...sebak melihat abang arwah yang tinggal di sabah tadi sampai..abang arwah terus meluru masuk ..di riaknya seolah-olah dia nak pastikan bahwa tak benar adik dia meninggal...saya nampak abg dia terpempan menatap wajah jenazah..dan lepas memastikan yang betul adik dia telah tiada..baru lar dia keluar..
arwah dah selamat disemadikan...di tanah perkuburan sama dengan arwah ayahnya..semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Hj Abd Kadir dan Zainuddin bin Hj Abd Kadir...dan roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah..

1 comments:

Anonymous said...

Sedih kan……Kematian tidak memilih tua dan muda, kematian akan datang kepada kita bila bila masa. Memang manusia mahluk yang paling berakal dari segala makhluk lain dan memiliki kemampuan untuk merubah banyak perkara yang ada di dunia, tetapi tentang kematian manusia tak mempunyai kuasa untuk merubahnya, walaupun untuk cuba menahan hanya sedetik pun walupun dengan alat perubatan yang secanggih manapun, tidak dengan akal, tidak dengan wang atau diganti dengan nyawa lain dan tiada teori yang dapat menjelaskan siapa yang akan mati terlebih dahulu dan bagaimana cara kita akan mati

Manusia sering menghindari dari memikirkan tentang kematian, apa lagi disaat ini dimana dunia terlalu melenakan kita dengan kemewahan dsb, membuat kita begitu mengagungkan kehidupan, semua yang kita miliki di dunia, kekayaan, kecantikan/ketampanan dsb.
Kita selalu siap dengan hari esok, seakan akan kita tahu bahawa esok pagi kita masih bernyawa. Tetapi siapakah yang boleh menjamin bahawa esok kita masih ada.

Ya… setiap hari, kita menyaksikan kematian orang lain di sekeliling kita tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain akan menyaksikan kematian diri kita. Kita tidak pernah berfikir bahawa kematian mungkin sedang menunggu kita. Siapkah kita jika saat ini kita mati. ataukah kita masih berfikir kita tak akan mati? Sedarlah, hidup ini akan berhenti suatu hari nanti!!

Kematian pasti terjadi, hal ini menyedarkan kita bahwa kita bukanlah siapa-siapa, walaupun dalam kehidupan ini, kita sering mengelompokan diri kita dalam golognan dan kelas/teri, tetapi ketika mati kita bukan siapa siapa. Kita hanya selonggok daging/bangkai, sebab itu kita harus sedar akan perbuatan kita semasa masih hidup dan jangan pernah dengan sengaja cuba menyakiti orang lain, menfitnah orang lain, sebab pada akhirnya walau siapapun kita, pemeluk agama manapun, pangkat/darjat apa pun, suku manapun, akan berakhir dengan kematian. Demi itu, berbuat baiklah dalam hidup ini, sebab kematian itu pasti.
Menurut agama manapun manusia, saat saat selepas mati hanyalah ditentukan oleh perbuatan ketuhanan kita semasa hidup, bukan harta, nama dan kekayaan. Marilah kita saling membantu dalam kebaikan untuk persiapan kematian kita kelak.